Info UMK
















Universiti Malaysia Kelantan terletak di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli. Gambar di atas merupakan kampus Pengkalan Chepa. Pelbagai jenis kemudahan boleh didapati di kampus Pengkalan Chepa. Antara kemudahan tersebut termasuk dewan terbuka keusahawanan, kemudahan tempat riadah, klinik kesihatan, bilik kuliah dan makmal komputer, perpustakaan, kemudaan IT dan internet dan pengangkutan dalam kampus. Fakulti yang ditawarkan di Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa ialah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan. Program-program yang ditawarkan termasuk Perdagangan, Hospitaliti, Pelancongan, Keusahawanan kesihatan, Peruncitan, Logistik & perniagaan pengedaran dan Perbankan & kewangan Islam.