Friday, 27 November 2015

Review Blog

Review Cik Matahariku's Blog




Saya suka akan blog Cik Matahariku ini kerana blog ini adalah mengenai tips mencari kerja part time. Ramai pelajar yang memilih untuk kerja part time supaya dapat mencari pendapatan. Cik Matahari menggalakkan pelajar untuk kerja part time sementara menunggu keputusan keluar supaya dapat memanfaatkan masa lapang dengan sebaik-baiknya. Dengan kerja part time, pelajar bukan sahaja dapat meringankan beban ibu bapa malah dapat menambahkan pengalaman dalam diri. Justeru, pelajar dapat membuat penilaian diri dan membaiki kesilapan yang dilakukan. Dengan itu, pelajar akan mempunyai masa depan yang cerah kelak.





http://cikmatahariku.blogspot.my/2013/07/tips-cari-kerja-part-time-selepas-spm.html





Review Blog

Review Emila Yusof's Blog





Blog Emila Yusof menjadi pilihan saya kerana blog beliau yang istimewa yang kaya dengan Sastera Kanak-Kanak. Selain itu, beliau mendapat anugerah blog bagi tahun 2012 dan 2013. Beliau juga mendapat Anugerah Sastera Kanak-Kanak. Buku yang diterbitkan oleh beliau pasti mendapat sambutan yang hangat daripada pembaca.






Beliau mendapat pemenang ketiga dalam Kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik yang bertajuk "My Mother's Kitchen". Selain itu, beliau merupakan pemenang dalam Kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik yang bertajuk " My Father's Farm" dan juga merupakan pemenang dalam Kategori Buku Bergambar Kanak-Kanak Terbaik yang bertajuk " Legendary Princess of Malaysia". Oleh itu, pembaca gemar membaca blog beliau.





http://emilayusof.com/about_me/






Review Blog

Review Kelly Chin's Blog






Blog Kelly Chin ini menarik perhatian saya kerana isi dalam blog ini adalah mengenai kesihatan iaitu membina tulang yang kuat dan sihat. Kini, kesihatan menjadi isu yang amat penting kepada masyarakat. Oleh itu, blog ini menjadi pilihan pembaca. Setelah membaca blog ini, saya dapat mengetahui bahawa rupa-rupanya senaman dapat membantu menguatkan tulang kita selain dapat menyihatkan badan kita. Untuk menguatkan tulang, ramai orang digalakkan bersenam dan juga mengambil zat kalsium. Selain itu, kita juga digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya dapat menyihatkan tubuh badan kita. Tekanan kita dapat dikurangkan kerana melalui bersenam, kita dapat melapangkan fikiran. Justeru, kita dapat hidup dengan gembira dan sihat setiap hari.



http://www.sunshinekelly.com/2015/09/build-healthier-stronger-bones.html

Review Blog

Review Ayue Idris's Blog




Pada pendapat saya, susunan blog Ayue Idris teratur dan kemas. Pembaca yang gemar makan seperti saya suka melayari blog Ayue Idris kerana beliau banyak mempamerkan makanan yang enak dan istimewa dalam blog. Gambar di atas merupakan makan malam beliau di Serai Pavilion Kuala Lumpur. Reka bentuk Serai Pavilion kelihatan anggun dan cantik. Suasananya pasti amat selesa.







Makanan dan minuman yang dihidangkan kepada Ayue termasuk Serai Signature Iced Tea, Bandung Sirap, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Steamed Seabass in Lime Sause dan Pandan Banana Fritters with Palm Sugar Syrup. Gambar tersebut merupakan makanan utama iaitu Nasi Kerabu bersama-sama dengan Telur Masin, Ulam, Solok Lada dan Keropok Ikan. Nasi Kerabu merupakan makanan yang istimewa di Malaysia. Selain itu, Nasi Kerabu juga sungguh enak rasanya.  




Tuesday, 24 November 2015

Review Blog

Review Jane Chuck's Blog

                                                                                                                   




Blog Jane Chuck menarik kerana terdapat pelbagai gambar yang cantik diambil semasa Jane Chuck melancong ke tempat yang banyak. Antara tempat yang Jane Chuck melancong termasuk Australia, Tokyo dan sebagainya. Gambar yang cantik tersebut membuatkan pembaca terpesona dengan suasana yang indah di Australia. Selain itu, pembaca yang melihat gambar tersebut akan berasa ingin melawat ke tempat tersebut juga.




Melalui aktiviti melancong dapat menimbulkan perasaan gembira dan bahagia dalam diri sendiri.     Dengan melancong ke tempat yang berbeza dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang banyak.     Selain itu, pelancong juga dapat menikmati suasana yang selesa tersebut. Makanan yang istemewa   dan enak juga dihidangkan kepada pelancong. Makanan yang lazat tersebut membuatkan pembaca
berasa perut lapar dan juga ingin menikmati hidangan tersebut.       



Tuesday, 17 November 2015

Cuti Deepavali

Salam Sejahtera. Pada minggu cuti Deepavali, ramai pelajar UMK balik ke kampung mereka manakala ada juga pelajar yang tidak balik ke kampung mereka. Pelajar yang dapat balik ke kampung mereka pasti berasa sangat bahagia manakala pelajar yang tidak dapat balik akan berasa sedih. Walaupun begitu, pelajar yang tidak balik boleh melawat ke tempat-tempat yang istimewa seperti Pantai Sri Tujuh, Muzium, KBMall, Tesco, dan lain-lain lagi. Dengan lawatan tersebut, pelajar dapat memahami dan mengetahui keunikan yang terdapat di Kelantan.